NovelCat

Let’s Read The World

Open APP
Sayang Awak, Prince Charming.

Sayang Awak, Prince Charming.

Author: Aisyah Shahril

Updating

Others

Sayang Awak, Prince Charming. PDF Free Download

Introduction

Nik Cinta Amanda.. Si gadis jelita dan cerdik memang mewah dengan harta benda tetapi tidak mewah dengan kasih sayang mama dan papanya, Syed Malik Dan Tengku Aini yang sentiasa sibuk dengar kerja. Namun, Nik Cinta Amanda tidak pernah merasa kesunyian walau sesaat selama 27 tahun dia hidup di muka bumi, dia hanya merasai kasih sayang seorang atuk yang begitu memahaminya iaitu Haji Syed Abdul. Bagi dia, sudah tidak penting lagi sama ada mama dan papanya masih hidup. Atuknya itulah yang sudah dianggap ayah kandungnya sendiri. Haji Syed Abdul yang selama ini menyayanginya persis anaknya sendiri. Dia sering tertanya-tanya mengapa Syed Malik dan Tengku Aini sangat membencinya walhal dia tidak pernah membuat apa-apa kesalahan pun. Namun, itu sudah tidak penting lagi baginya. Kasih sayang yang telah diberikan Haji Syed Abdul sudah cukup buatnya. Kehadiran jejaka yang bernama Mohd Aariz Firdaus yang berwajah tampan bak Prince Charming yang diminati gadis-gadis di luar sana. Tetapi, entah mengapa tidak tertarik walaupun sedikit dengan ketampanan wajahnya apabila kali pertama bertemu atas permintaan atuknya. Lama kelamaan satu persatu misteri mula terungkai. Nik Cinta Amanda cuba untuk terus tabah menerima takdir yang ditentukan. Tetapi, dia tidak mampu menahan lagi.
Show All▼

Chapter 1

  "CINTA tak nak kawin ke?" Soalan Haji Syed Abdul mengundang rasa ingin tersedak Cinta. Mana tidaknya. Sedang dia sedap-sedap menghirup air teh ais kegemarannya, atuknya menyebut soal kahwin pula. Terbeliak mata Cinta memandang atuknya yang bersahaja membaca surat khabar hadapannya.

  "Atuk. Atuk cakap apa ni? " Tanya Cinta meminta kepastian. Segera meletakkan gelas yang berisi teh ais di atas meja kecil di tengah-tengah laman bunga itu.

  Haji Syed Abdul tersenyum. Cucunya yang seorang ini memang agak lambat memahami soal kahwin. Pasti ada sahaja alasan apabila membangkitkan isu soal perkahwinan. Selalu sahaja mengelak dengan bermacam-macam alasan yang berbeza-beza setiap kali ditanya.

  "Kamu tak payah buat-buat tak dengar. Atuk cakap pasal kahwinlah.. Kamu tu umur dah 27. Tetapi calon pun tiada lagi. Kamu jangan tak kahwin Cinta. Lagipun, keturunan kita belum pernah lagi orang kahwin waktu umur 30 tahun ke atas. Kamu jangan nak buat rekod baru pulak."

  Cinta tersenyum sumbing. Asyik sahaja atuknya mengingatkannya soal umurnya. Kadangkala dia sendiri lupa tentang umurnya. Terasa bagaikan dia masih kecil lagi seperti dahulu.

  "Penting sangat ke kahwin tu, atuk? Cinta malaslah nak fikir pasal kahwin ni.. Buat serabut kepala ni je fikir. Ni tak fikir lagi pasal putus cintalah. Lepastu menangis meraung macam orang tak betul. Lagipun, Cinta dah happy dengan life Cinta sekarang. Asal ada atuk, semua jadi seronok tau."

  Cinta mencium mesra pipi atuknya yang sudah berkedut. Pada pagi itu, dia meluangkan masanya yang amat terhad dengan atuknya di laman bunga di kawasan rumah banglo dua tingkat yang berdiri teguh.

  "Ishh, kamu ni Cinta. Umur atuk dah tua tau. Bila-bila masa je atuk boleh pergi. Waktu tu, atuk tak dapat bayangkan hidup kamu kalau atuk tak ada. Sebab itulah atuk suruh kamu cari calon suami cepat-cepat. Bolehlah kamu mengisi kekosongan hati apabila atuk sudah tak ada nanti. Mana tahu sebelum atuk pergi nanti sempat timang anak kamu nanti."

  Ucap Haji Syed Abdul sayu sahaja suaranya. Di hujung ayat ada ketawa kecil sekali dengan ayatnya yang diucapkan.